PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Wednesday, April 21, 2021

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 SK KEPIS 2021

 Pada 9 April 2021 telah berlangsungnya program seperti diatas.Program yang diadakan ini hanya peringkat dalaman sekolah utk memberi fokus beberapa elemen dalam mewujudkan ekosistem sekolah kearah transformasi sekolah.

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan program yang dibentuk berpandukan model Sekolah Amanah.Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 

Disini saya lampirkan beberapa foto sepanjang program untuk tatapan semua.







Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pn. Hjh Zabedah Binti Muhamad Hasan 
Guru Besar SK Kepis









Pematuhan SOP tetap diamalkan kerana kita masih dalam PKPP




No comments:

Post a Comment