PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Tuesday, October 6, 2020

MAJLIS PERSARAAN PUAN ZUBAIDAH BINTI KASMON

Pada 17 januari 2020 telah berlangsungnya Majlis persaraan Puan Zubaidah binti Kasmon yang telah berkhidmat lebih kurang 26 tahun berkhidmat di SK Kepis,beliau telah pun posting pada tahun 1994 dimana Sk Kepis adalah sekolah pertama beliau meneruskan kariernya sebagai seorg pendidik.

Beliau seorang yang baik hati,lemah lembut dan kadang kala ada ketegasannya,Sebut sahaja nama cikgu Zubaidah orang kampung terus letak penilaian yang positif terhadap beliau,Pandai dan rajin menyantuni majlis kenduri orang kampung,hal2 kematian di sekitar kawasan Kg kepis.

Semoga Cikgu Zubaidah bahagia selepas bersara dan didoakan sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki sekeluarga amin..






















HARI KUALITI SK KEPIS 2019

 Pada 20 November 2019 telah berlangsungnya Hari Kualiti Sk Kepis 2019 yg di rasmikan oleh YB Dato' Hj Zulkefly Mohamad Bin Omar selaku Speaker Dewan Undangan Negeri.Majlis ini berlangsung dimana anak2 yang telah memberikan prestasi yang cemerlang didalam akademik ataupun kokurikulum akan menerima anugerah untuk tahun semasa.kepada anak-anak yang kurang bernasib baik jangan putus asa anda masih berpeluang untuk menyaingi rakan-rakan yang lain untuk cemerlang dimasa akan datang ,tingkatkan usaha dan InsyALLAH akan di permudahkan urusan Amin.Berikut adalah antara sorotan gambar untuk tatapan semua.sekian















MAJLIS SAMBUTAN PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN SK KEPIS 2019

 Pada 13 September 2019,sekolah telah mengadakan majlis penutupan hari kebangsaan sempena sambutan hari kebangsaan  kali ke 62 bertemakan sayangi malaysiaku Malaysia bersih..Majlis telah dirasmikan oleh Pn Zabedah Bt Muhamad Hasan Guru besar SK Kepis sendiri.Beberapa acara telah dilakukan untuk menarik minat anak-anak murid untuk memupuk semangat patriotisme di dalam diri ataupun semangat untuk cintakan negara.Disini saya lampirkan beberapa koleksi gambar untuk tatapan anda..