PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Tuesday, April 28, 2015

SENARAI NAMA GURU BESAR SK KEPIS


Berikut adalah senarai nama Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak sekolah ditubuhkan:-


       

Monday, April 27, 2015

PROGRAM MEMBACA 10 MINIT 23.04.2015

Program membaca 10 minit telah dijalankan serentak di seluruh Negeri Sembilan.Program ini telah berlangsung pada 23hb April 2015 pada pukul 10.00pagi - 10.10pagi di Tapak Perhimpunan.Program ini merupakan anjuran Perpustakaan Negeri.

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar program.












Wednesday, April 8, 2015

MTQSS PERTANDINGAN BERCERITA ( SARINGAN ) DAERAH KUALA PILAH

Pada hari Isnin 23 March 2015,kami diberi kepercayaan oleh PPD Kuala Pilah untuk mengelola Majlis Tilawah Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Saringan Daerah Kuala Pilah pada tahun ini.Seramai 27 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk acara tersebut dan seramai 16 peserta telah dipilih untuk melepasi peringkat saringan. Tahniah adik Siti Murni bt Saman kerana berjaya ke peringkat Akhir bercerita perempuan.




Siti Murni Bt Saman wakil dari sk kepis



Barisan pengadil yg terlibat



 Antara yang mengambil bahagian


Thursday, April 2, 2015

JASAMU DIKENANG



Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan pembantu tadbir yang telah bertukar ke sekolah baru.Semoga kenangan kalian bersama kami di SK Kepis akan kami semat dalam ingatan. Pihak sekolah mendoakan agar mereka diberi kesihatan yang sejahtera dan dipermudahkan segala urusannya untuk terus mendidik dan mentadbir sekolah baru.Terimalah serangkap pantun dari kami

Pergi Senaling membeli bahulu

Singgah sebentar di Pekan Dangi
Walau bertukar ke tempat yang baharu
Janganlah lupa kami disini.




Pn Rosnita Bt Sudin
Bepindah ke Sek Keb Seri Pilah





 Pn Hjh Wan Kamarina Bt Hj Kamarudin
berpindah ke Sek Keb Dato idris





Pn Rosidah Bt Dewa
Berpindah ke SJKC Chung Hua Senaling

Wednesday, April 1, 2015

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH



PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Kepis adalah sebuah sekolah aliran Melayu Luar Bandar. Ia terletak 10km dari pekan Kuala Pilah. Dinamakan sempena nama kampong tempat sekolah ini dibina. Mengikut sejarah yang disampaikan secara lisan kampong ini diberi nama Kepis sempena nama sejenis pokok yang ditemui oleh orang yang mula-mula datang ke kampong ini iaitu pokok gepis.

PEMBUKAAN

Sekolah Kebangsaan Kepis mula dibina pada tahun 1913. Semasa itu bangunan sekolah ini hanya dibina daripada papan dan beratapkan rumbia. Ia tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Memadai untuk pelajarnya membaca, menulis dan mengira sahaja. Murid-muridnya hanya terdiri daripada anak-anak kampung ini dan juga anak-anak kampung yang berhampiran. Ketika itu pelajar-pelajarnya datang ke sekolah dengan hanya berjalan kaki melalui jalan denai. Pada kali pertama sekolah ini dibuka iaitu pada 21 Oktober 1913, murid-murid hanya berjumlah 29 orang dan 2 orang guru sahaja yang mengajar pada waktu itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Salleh bin Hj. Mohd Yassin.

Tahun demi tahun murid-murid di sekolah ini semakin bertambah disebabkan  pertambahan penduduk yang menetap di kampung ini. Pertumbuhan ini juga disebabkan pembukaan sebuah lading di sini iaitu Ladang Inas. Pembukaan lading ini membuka peluang pekerjaan untuk orang luar dan juga orang tempatan. Hal ini juga menyebabkan terdapatnya pelajar-pelajar sekolah ini terdiri dari pada kaum lain seperti kaum Cina dan India.