PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Tuesday, May 18, 2021

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN SK KEPIS

 Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Pada hari Jumaat lalu,bertarikh 7 Mei 2021,sekolah telah mengadakan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan dan Majlis Khatam Al Quran untuk murid-murid SK Kepis.Penglibatan melibatkan semua murid dengan SOP yang masih ketat.Majlis penutup tersebut telah disempurnakan oleh Pn Hajah Zabedah Bt Muhamad Hasan selaku Guru Besar SK Kepis.Pelbagai aktiviti yg telah dijalankan semasa bulan ramadhan dan hadiah-hadiah juga untuk setiap kategori yang dipertandingkan.Di akhir program ini guru-guru juga turut memberikan duit raya kepada murid-murid.Semoga berjumpa diramadhan yang akan datang dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.

kredit kepada : Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Kepis











































Wednesday, April 21, 2021

PELANCARAN PROGRAM NILAM, DEKAT MEMBACA DAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2021

 Pada 12 April 2021 yang lepas sekolah telah mengadakan program Nilam yang disertai oleh semua warga SK Kepis.

Rasional

Program Nilam,dekat membaca dan Bulan Membaca merupakan 1 program tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Matlamat

Program ini merupakan sokongan kepada program Nilam yang wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh negara.Selain itu,usaha ke arah merancakkan aktiviti galakan membaca wajar digerakkan untuk menyokong hasrat KPM dlm menarik minat murid lebih banyak membaca.

Jawatankuasa Induk

  1. Pengerusi : Pn Hjh Zabedah Bt Muhamad Hasan
  2. Naib Pengerusi : Pn Noriah Bt Bahrin (Guru Penolong Kanan Kurikulum)
  3. Naib Pengerusi 1 : Hazila Bt Hamzah (Guru Penolong Kanan HEM)
  4. Naib Pengerusi 2 : Mohd Fadil bin Baharom (Guru penolong kanan Ko kurikulum
  5. Penyelaras : Pn Rahimah Bt Ramli (Guru perpustakaan & media)
  6. setiausaha : Pn Norasyikin Bt Othman
 Berikut beberapa gambar sekitar pelancaran tersebut.