PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Tuesday, March 2, 2021

PROGRAM SANITASI SEKOLAH BERSAMA SUKARELAWAN PEJABAT ADUN JOHOL 2021

Pada 27/2/2021 iaitu hari sabtu yang lalu,SK Kepis telah bekerjasama dengan kumpulan sukarelawan dibawah pimpinan YB Hj. Saiful Yazan Bin Sulaiman selaku ADUN kawasan Johol untuk membuat sanitasi di seluruh kelas dan kawasan-kawasan yang terlibat .Ini kerana pada 1 mac 2021 sesi persekolahan telah dibuka untuk Pra sekolah ,Tahun 1 dan tahun 2.Manakala untuk tahun 3,4,5 dan 6 pula,akan dibuka pada 8hb Mac 2021 nanti.

Antara yang terlibat adalah beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah,pasukan sukarelawan dari Pejabat ADUN kawasan Johol.tidak lupa juga kepada guru-guru dan staff yang sudi meluangkan masa untuk menyertai program tersebut.

Harapan kami,agar kita semua dilindungi dari wabak Covid 19 dan terus kekal patuh SOP yang di keluarkan oleh pihak kerajaan.Bersama ini kami paparkan beberapa gambar untuk tatapan semua.

#staysafe #kitajagakita #kitamasihbelummenang #wargawajasekolahperkasa #skkepis




















                                    

No comments:

Post a Comment