PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Wednesday, April 1, 2015

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH



PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Kepis adalah sebuah sekolah aliran Melayu Luar Bandar. Ia terletak 10km dari pekan Kuala Pilah. Dinamakan sempena nama kampong tempat sekolah ini dibina. Mengikut sejarah yang disampaikan secara lisan kampong ini diberi nama Kepis sempena nama sejenis pokok yang ditemui oleh orang yang mula-mula datang ke kampong ini iaitu pokok gepis.

PEMBUKAAN

Sekolah Kebangsaan Kepis mula dibina pada tahun 1913. Semasa itu bangunan sekolah ini hanya dibina daripada papan dan beratapkan rumbia. Ia tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Memadai untuk pelajarnya membaca, menulis dan mengira sahaja. Murid-muridnya hanya terdiri daripada anak-anak kampung ini dan juga anak-anak kampung yang berhampiran. Ketika itu pelajar-pelajarnya datang ke sekolah dengan hanya berjalan kaki melalui jalan denai. Pada kali pertama sekolah ini dibuka iaitu pada 21 Oktober 1913, murid-murid hanya berjumlah 29 orang dan 2 orang guru sahaja yang mengajar pada waktu itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Salleh bin Hj. Mohd Yassin.

Tahun demi tahun murid-murid di sekolah ini semakin bertambah disebabkan  pertambahan penduduk yang menetap di kampung ini. Pertumbuhan ini juga disebabkan pembukaan sebuah lading di sini iaitu Ladang Inas. Pembukaan lading ini membuka peluang pekerjaan untuk orang luar dan juga orang tempatan. Hal ini juga menyebabkan terdapatnya pelajar-pelajar sekolah ini terdiri dari pada kaum lain seperti kaum Cina dan India.



1 comment:

  1. Tq skolah ku..aku berjaya menjadi jurutera kerana jasamu

    ReplyDelete