PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Tuesday, May 19, 2015

PIAGAM SEKOLAH

Kami, warga Sk Kepis dengan penuh iltizam berjanji menyempurnakan tugas dan tanggungjawab akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami. Ke arah itu, kami mengiktiraf hak pelanggan kami seperti berikut :-

A. MURID


  1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan tepat pada waktunya mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
  2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran murid bermula dari hari pertama persekolahannya dan di salurkan kepadanya sehingga tamat persekolahannya di tahun 6.
  3. Memastikan buku / lembaran kerja latihan - latihan murid disemak dalam tempoh 3 hari.
  4. Menentukan agar murid-murid dapat menguasai kemahiran 4M setelah tamat sekolah rendah.
  5. Memastikan semua murid yang menduduki peperiksaan awam akan diberi kursus kemahiran belajar dan motivasi sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
  6. Menentukan buku teks akan dibekalkan pada hari akhir persekolahan.
  7. Melaksanakan kegiatan ko kurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan melalui aktiviti yang dirancang.
  8. Memastikan murid yang ebrbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang ko kurikulum.
  9. Keputusan peperiksaan akan diserahkan kepada murid 2 minggu setelah tamat peperiksaan sekolah.
  10. Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai tempat yang selamat dan selesa bagi semua murid.
B. IBU BAPA DAN PENJAGA

  1. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan urusan pelanggan melalui layanan mesra penuh sopan dan de selesaikan dengan kadar segera.
C. STAKEHOLDERS

  1. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD,JPN dan KPM mendapat maklumbalas segera.
  2. Menentukan segala urusan surat menyurat,laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan

D. GURU DAN ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN

  1. Memastikan staf yang bukan sahaja mencukupi tetapi komited, mendapat layanan adil dan saksama berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif dan produktif serta dapat berkhidmat dengan efisyen dan efektif sepanjang masa.
  2. Sentiasa mematuhi segala arahan dan dasar yang ditetapkan, bersedia dan sanggup menerima pendapat,cadangan,syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi kecemerlangan akademik murid-murid dan perkhidmatan kami.
  3. Memastikan sistem pendidikan di sekolah ini berjalan dengan baik serta dapat memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

No comments:

Post a Comment