PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Thursday, May 28, 2015

KEJOHANAN MINI BALAPAN DAN PADANG SK KEPIS 2015

Pada 20/05/2015 telah berlangsungnya kejohanan sukan di Sek Keb Kepis,Sukan tahunan ini adalah merupakan acara tahunan yang di adakan di sekolah ini. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat baru di kalangan murid.Aktiviti yang dijalankan dalam bentuk pertandingan diantara 4 rumah sukan iaitu BIRU, MERAH, KUNING dan HIJAU.TAhniah kepada rumah KUNING kerana telah menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut..TAHNIAH..!!




Acara balapan


 Rumah Hijau ( Tun perak )



Rumah Kuning ( Dol Said )



Rumah Merah ( Mat kilau )



Rumah Biru ( Maharajalela )



Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir









Kalungan pingat dari Guru Besar Pn. Hodijah johari




Kalungan pingat dari YDP PIBG EN. Ghazali Bin Usoh









Acara larian 100 meter



Perbarisan rumah Kuning



Perbarisan rumah Merah



Perbarisan rumah Biru




Perbarisan rumah Hijau




Perbarisan Prasekolah






Ucapan perasmian oleh YDP PIBG Sk Kepis ( En. Ghazali bin Usoh )
























Cenderahati disampaikan oleh En. Mohamad Abu Samah (kiri)



Tahniah! Adik Siti Nor Ain Binti Hussin & Muhammad Najmi Bin Shahabudin kerana menjadi Olahragawati & Olahragawan Kejohanan Balapan dan Padang SK Kepis 2015.

Thursday, May 21, 2015

SELAMAT HARI GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Pada 18 Mei 2015 yang lalu, sekolah telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Program ini bermula jam 7.45 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari.Ia telah dirasmikan oleh Guru Besar Pn. Hodijah Johari.Beberapa aktiviti menarik sepanjang program tersebut.



Perarakan masuk ke dewan di iringi hulubalang



ucapan Guru Besar Pn. Hodijah Binti Johari



Perasmian Hari Guru SK Kepis oleh G.Besar Pn. hodijah Johari 



Acara memotong pulut kuning oleh guru-guru



 Acara simbolik suap menyuap pulut antara guru-guru supaya keakraban dalam pergaulan guru-guru lebih kukuh.



 Siap sedia untuk acara sukaneka



Sesi tukar hadiah antara guru dan staff









Tuesday, May 19, 2015

CARTA ORGANISASI



CARTA ORGANISASI SK KEPIS 2015



NILAI BERSAMA

" INTEGRITI , ADIL , PENYAYANG DAN MUAFAKAT "

NILAI SOKONGAN
  1. BERORIENTASIKAN PELANGGAN
          Sebagai organisasi yang bersifat perkhidmatan pelanggan menjadi keutamaan sekolah.

     2.  BERORIENTASIKAN KEMANUASIAAN

          SK Kepis sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tanggung jawab yang                 diamanahkan serta memiliki nilai EQ dan SQ yang tinggi.

     3.  INTELEKTUALISME

          Sentiasa mempastikan tahap intelektualisme guru berada pada tahap yang terbilang

     4.  PROFESIONALISME

          Sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme warga sekolah.

     5.  DISIPLIN DIRI

          Mempastikan disiplin sentiasa diamalkan dalam menjalankan tugas

OBJEKTIF SEKOLAH

Bagi memastikan visi dan misi sekolah tercapai, berikut ialah objektifnya :-


  1. Memastikan urusan perkhidmatan nasihat, bimbingan dan kebajikan dapat dimanfaatkan oleh murid.
  2. Memastikan kemudahan infrastruktur sekolah dilengkapkan mengikut keperluan.
  3. Menguruskan agihan tugas guru dan staf secara adil.
  4. Menyediakan data dan maklumat sekolah yang lengkap dan terkini.
  5. Menyedia dan melaksanakan program latihan kepada guru dan kakitangan sokongan dengan berkesan.
  6. Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  7. Memastikan pengurusan dan pelaksanaan berkesan kurikulum,ko kurikulum dan sukan di sekolah.
  8. Memastikan pentaksiran berasaskan sekolah dan berpusat dilaksanakan dengan cekap, lancar dan selamat.
  9. Memastikan peruntukan kewangan yang diperoleh dengan pelbagai sumber dimanfaatkan sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan.
  10. Mengadakan permuafakatan dengan PIBG,agensi-agensi kerajaan,swasta dan organisasi bukan kerajaan untuk kemajuan pendidikan.

MATLAMAT SEKOLAH


  1. Merancang, menyusun dan melaksanakan program ke arah pendidikan yang berkualiti
  2. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang pendidikan, sahsiah, ko kurikulum dan meningkatkan kualiti profesionalisme guru-guru serta membina iklim kondusif selamat disamping memupuk pemuafakatan erat dengan komuniti juga agensi luar.

PIAGAM SEKOLAH

Kami, warga Sk Kepis dengan penuh iltizam berjanji menyempurnakan tugas dan tanggungjawab akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami. Ke arah itu, kami mengiktiraf hak pelanggan kami seperti berikut :-

A. MURID


  1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan tepat pada waktunya mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
  2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran murid bermula dari hari pertama persekolahannya dan di salurkan kepadanya sehingga tamat persekolahannya di tahun 6.
  3. Memastikan buku / lembaran kerja latihan - latihan murid disemak dalam tempoh 3 hari.
  4. Menentukan agar murid-murid dapat menguasai kemahiran 4M setelah tamat sekolah rendah.
  5. Memastikan semua murid yang menduduki peperiksaan awam akan diberi kursus kemahiran belajar dan motivasi sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
  6. Menentukan buku teks akan dibekalkan pada hari akhir persekolahan.
  7. Melaksanakan kegiatan ko kurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan melalui aktiviti yang dirancang.
  8. Memastikan murid yang ebrbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang ko kurikulum.
  9. Keputusan peperiksaan akan diserahkan kepada murid 2 minggu setelah tamat peperiksaan sekolah.
  10. Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai tempat yang selamat dan selesa bagi semua murid.
B. IBU BAPA DAN PENJAGA

  1. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan urusan pelanggan melalui layanan mesra penuh sopan dan de selesaikan dengan kadar segera.
C. STAKEHOLDERS

  1. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD,JPN dan KPM mendapat maklumbalas segera.
  2. Menentukan segala urusan surat menyurat,laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan

D. GURU DAN ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN

  1. Memastikan staf yang bukan sahaja mencukupi tetapi komited, mendapat layanan adil dan saksama berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif dan produktif serta dapat berkhidmat dengan efisyen dan efektif sepanjang masa.
  2. Sentiasa mematuhi segala arahan dan dasar yang ditetapkan, bersedia dan sanggup menerima pendapat,cadangan,syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi kecemerlangan akademik murid-murid dan perkhidmatan kami.
  3. Memastikan sistem pendidikan di sekolah ini berjalan dengan baik serta dapat memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

MISI SEK. KEB. KEPIS

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara"

VISI SEK. KEB. KEPIS

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA"

Thursday, May 14, 2015

LAGU SEK KEB KEPIS

Sekolah Kebangsaan kepis
sekolah kebanggan kami
menyibarkan ilmu dan pengetahuan
pada kami anak bangsa.

Guru-guru yang dedikasi

rajin usaha setiap masa
itulah lambang kebanggaan kami
Sekolah kebangsaan Kepis.

Kami penuntutnya

berjanji dan berikrar
tanamkanlah semangat
terus maju berjaya

Sekolah Kebangsaan Kepis

sekolah kebanggaan kami
menyibarkan ilmu dan pengetahuan
Sekolah Kebangsaan Kepis
Sekolah Kebangsaan Kepis

Wednesday, May 6, 2015

LOGO SEK KEB KEPIS

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera semua pengunjung.Hari ini saya ingin berkongsi Logo SK Kepis yang telah diolah ke format PNG.Sebelum ini logo SK Kepis hanya dilakar dan di imbas sahaja,kali ini kami akan kongsikan logo yang telah di kemaskini dan lebih cantik.
WARNA-WARNA PADA LENCANA SEKOLAH


BIRU
Melambangkan kedamaian, perpaduan, keharmonian dan keikhlasan terhadap sekolah.

KUNING
Melambangkan kesetiaan kepada DYMM Seri PadukaBaginda Yang Di Pertuan Agong dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

MERAH 
Melambangkan keberanian dan keazaman dalam menuntut ilmu pengetahuan.

HITAM 
Melambangkan kesetiaan kepada negara.