PASTIKAN ANDA SEMUA JAGA JARAK DAN PATUHI SOP. BERSAMA MEMBANTERAS COVID-19


Monday, November 27, 2017

HARI KUALITI SK KEPIS 2017

Pada 23/11/2017 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya hari kualiti SK Kepis.Terima kasih kepada YB Tuan Hj Abu Samah B.Mahat ADUN Johol kerana sudi merasmikan hari tersebut.tahniah kepada yg cemerlang dan kepada yg lemah jadikan ia sebagai pembakar semangat anda untuk bersaing di dalam pelajaran.Berikut sedikit gambar utk tatapan semua..sekian

Thursday, January 7, 2016

SUMBANGAN BEG SEKOLAH UNTUK MURID TAHUN 1 OLEH YB ABU SAMAH BIN MAHAT (ADUN JOHOL)

Pada 6/1/2016, pejabat Adun Johol telah memberi sumbangan berupa beg sekolah kepada anak-anak tahun 1 yang disempurnakan oleh adun kawasan Johol sendiri iaitu YB Abu Samah Bin Mahat.Sebanyak 22 buah beg telah diagihkan untuk memberi semangat kepada anak-anak untuk belajar dan hadir ke sekolah.Disini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.Terima Kasih YB













Wednesday, September 2, 2015

PERSIAPAN & SAMBUTAN HARI RAYA 2015 SK KEPIS (REPOST)

Pada 13/8/15 yang lalu,kami warga sekolah dan PIBG telah mengadakan gotong royong sempena menyambut sambutan Hari Raya peringkat sekolah.Anak murid dan ibubapa juga turut hadir untuk memeriahkan suasana tersebut.












SENARAI GURU & KAKITANGAN SK KEPIS 2015


Monday, August 10, 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA TAHUN 2015

Pada 14 Julai 2015 bersamaan hari Selasa 27 Ramadhan 1436 Hijrah telah berlangsungnya majlis khatam quran dan penyampaian sumbangan hari raya 2015 SK Kepis yang di kelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam & Kelas Agama petang.Hampir kesemua murid mengambil bahagian dalam acara yang di jalankan antaranya laungan Azan tahap 1 & 2, Menulis Jawi Tahap 1 dan lain-lain lagi

Disini kami ingin berkongsi gambar aktiviti











TERIMA KASIH USTAZ SHAHID



Pada 22/7/2015, warga SK Kepis dikejutkan dengan berita perpindahan Ustaz Muhammad Shahid Bin Hj Othman ke SK Undang Johol.Beliau telah berkhidmat di SK Kepis Kurang lebih 18 tahun dan banyak pengalaman beliau yang telah dikongsikan bersama anak didik dan staff di kepis ini.

Warga SK Kepis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz dan semoga ustaz dapat berkhidmat dengan lebih jitu di tempat baru.

TERIMA KASIH USTAZ SHAHID..