Tuesday, April 28, 2015
SENARAI NAMA GURU BESAR SK KEPIS
Monday, April 27, 2015
PROGRAM MEMBACA 10 MINIT 23.04.2015
Program membaca 10 minit telah dijalankan serentak di seluruh Negeri Sembilan.Program ini telah berlangsung pada 23hb April 2015 pada pukul 10.00pagi - 10.10pagi di Tapak Perhimpunan.Program ini merupakan anjuran Perpustakaan Negeri.
Berikut adalah gambar-gambar di sekitar program.
Berikut adalah gambar-gambar di sekitar program.
Wednesday, April 8, 2015
MTQSS PERTANDINGAN BERCERITA ( SARINGAN ) DAERAH KUALA PILAH
Pada hari Isnin 23 March 2015,kami diberi kepercayaan oleh PPD Kuala Pilah untuk mengelola Majlis Tilawah Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Saringan Daerah Kuala Pilah pada tahun ini.Seramai 27 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk acara tersebut dan seramai 16 peserta telah dipilih untuk melepasi peringkat saringan. Tahniah adik Siti Murni bt Saman kerana berjaya ke peringkat Akhir bercerita perempuan.
Siti Murni Bt Saman wakil dari sk kepis
Barisan pengadil yg terlibat
Antara yang mengambil bahagian
Thursday, April 2, 2015
JASAMU DIKENANG
Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan pembantu tadbir yang telah bertukar ke sekolah baru.Semoga kenangan kalian bersama kami di SK Kepis akan kami semat dalam ingatan. Pihak sekolah mendoakan agar mereka diberi kesihatan yang sejahtera dan dipermudahkan segala urusannya untuk terus mendidik dan mentadbir sekolah baru.Terimalah serangkap pantun dari kami
Pergi Senaling membeli bahulu
Singgah sebentar di Pekan Dangi
Walau bertukar ke tempat yang baharu
Janganlah lupa kami disini.
Pn Rosnita Bt Sudin
Bepindah ke Sek Keb Seri Pilah
Pn Hjh Wan Kamarina Bt Hj Kamarudin
berpindah ke Sek Keb Dato idris
Pn Rosidah Bt Dewa
Berpindah ke SJKC Chung Hua Senaling
Pergi Senaling membeli bahulu
Singgah sebentar di Pekan Dangi
Walau bertukar ke tempat yang baharu
Janganlah lupa kami disini.
Pn Rosnita Bt Sudin
Bepindah ke Sek Keb Seri Pilah
Pn Hjh Wan Kamarina Bt Hj Kamarudin
berpindah ke Sek Keb Dato idris
Pn Rosidah Bt Dewa
Berpindah ke SJKC Chung Hua Senaling
Wednesday, April 1, 2015
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH
PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Kepis adalah
sebuah sekolah aliran Melayu Luar Bandar. Ia terletak 10km dari pekan Kuala
Pilah. Dinamakan sempena nama kampong tempat sekolah ini dibina. Mengikut
sejarah yang disampaikan secara lisan kampong ini diberi nama Kepis sempena
nama sejenis pokok yang ditemui oleh orang yang mula-mula datang ke kampong ini
iaitu pokok gepis.
PEMBUKAAN
Sekolah Kebangsaan Kepis mula dibina
pada tahun 1913. Semasa itu bangunan sekolah ini hanya dibina daripada papan
dan beratapkan rumbia. Ia tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Memadai
untuk pelajarnya membaca, menulis dan mengira sahaja. Murid-muridnya hanya
terdiri daripada anak-anak kampung ini dan juga anak-anak kampung yang
berhampiran. Ketika itu pelajar-pelajarnya datang ke sekolah dengan hanya
berjalan kaki melalui jalan denai. Pada kali pertama sekolah ini dibuka iaitu
pada 21 Oktober 1913, murid-murid hanya berjumlah 29 orang dan 2 orang guru
sahaja yang mengajar pada waktu itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik
Salleh bin Hj. Mohd Yassin.
Tahun demi tahun murid-murid di
sekolah ini semakin bertambah disebabkan
pertambahan penduduk yang menetap di kampung ini. Pertumbuhan ini juga
disebabkan pembukaan sebuah lading di sini iaitu Ladang Inas. Pembukaan lading
ini membuka peluang pekerjaan untuk orang luar dan juga orang tempatan. Hal ini
juga menyebabkan terdapatnya pelajar-pelajar sekolah ini terdiri dari pada kaum
lain seperti kaum Cina dan India.
Subscribe to:
Posts (Atom)